Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Seakan ‘Black Panther’, Harimau Bintang Hitam ‘Extremely Rare’ Ditemui ‘Munculkan Diri’

Seekor harimau bintang berwarna hitam yang sangat jarang ditemui telah dikesan semasa sedang memburu rusa di sebuah taman hidupan liar di India.

Jurugambar hidupan liar, Anurag Gawande secara tidak sengaja telah menemui harimau bintang tersebut ketika sedang berada di safari di Taman Nasional Tadoba pada Januari lalu.

Walaupun spesis harimau bintang kini sudah susah untuk ditemui disebabkan oleh pemburu haram, namun harimau bintang yang ini adalah paling jarang ditemui kerana bintik hitam yang terdapat pada badannya lebih banyak daripada kebiasaannya.

Jurugambar yang berusia 24 tahun itu menyatakan bahawa dia hanya berada pada jarak kira-kira 30 kaki sahaja dari harimau bintang itu ketika dia melihatnya, sambil menambah bahawa ianya sedang memburu rusa ketika ditemui.

Harimau bintang hitam itu juga turut dikenali sebagai ‘black panther’ dan bersifat melanistik. Varian warna hitam itu terjadi disebabkan oleh recessive alele.

Sekitar 11 peratus harimau bintang sahaja yang dilaporkan mempunyai pigmentasi warna yang unik ini.

“Ianya sangat mengejutkan kerana kami fikir kami ternampak seekor harimau tetapi sebenarnya ianya adalah harimau bintang,” kata Anurag.

Jurugambar itu pada sebelum ini difahamkan pernah melihat harimau bintang tersebut setahun yang lalu namun menyatakan bahawa dia berasa sangat teruja kerana dapat melihatnya sekali lagi. “Ini adalah kali kedua saya melihatnya,” katanya.

“Saya tetap berasa teruja seperti sebelum ini ketika melihatnya. Kami mematikan enjin kenderaan kami dan menjaga jarak kami bagi memastikan ia tidak melarikan diri dari lokasi ianya dijumpai.”

Anurag berkata, “Kami sedang menjejaki seekor harimau tetapi dalam perjalanan ke tasik Tadoba, kami terdengar panggilan rusa dan pada saat berikutnya kami ternampak harimau bintang hitam itu.

“Kemudian ia ternampak seekor rusa dan kemudian ianya cuba untuk memburu rusa itu tetapi gagal. Kemudian sekali lagi ia kembali ke jalan itu dan duduk di sana selama 15-20 minit sementara itu kami berjaya menangkap beberapa gambar haiwan yang unik itu.

“Ini adalah satu-satunya harimau bintang hitam di taman nasional Tadoba.”

Harimau bintang India disenaraikan sebagai spesis terancam berikutan kehilangan habitat dan pemburuan haram. Difahamkan, cuma sekitar 12,000 dan 14,000 ekor sahaja yang dipercayai terdapat di India.

Sumber: Daily Mail