Siakap Keli
Gambar: Aafiq

“Harini Aku Last Chemo Dah 37 Cycle Tapi Still Tak Sembuh…”, Pesakit Kanser Tahap 4 Mohon Doa & Kata-kata Semangat Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap masalah dan cabaran yang datang adalah ujian untuk menguatkan lagi diri kita pada masa akan datang.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu yang ditimpa sakit kanser paru-paru yang menjarah tubuhnya sehingga mencapai ke tahap empat kini.

Individu tersebut, Afiq dalam satu ciapan di Twitter berkata, dirinya sudah menjalani beberapa kali sesi rawatan kimoterapi, namun masih belum diizinkan sembuh buat masa ini.

Jelas Afiq atau nama sebenarnya Mohamad Afiq Aiman Abd Aziz, 19, beliau diuji dengan kanser paru-paru sejak awal 2017 lalu, segalanya bermula dengan simptom dalaman.

“Bermula dengan tumor sebesar bola ping-pong di bahagian belakang kepala. Kemudian saya jalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.

“Selepas seminggu pembedahan tumor, doktor mengesahkan pula saya menghidapi kanser paru-paru dan terus ke tahap empat,” katanyta ketika dihubungi Siakap Keli baru-baru ini.

Perjuangannya tidak mudah. Meskipun kerap menjalani rawatan kimoterapi, namun kesannya amat perit untuk ditelan.

“Cabaran paling tinggi pernah dirasai sepanjang sakit ialah kesan selepas rawatan kimoterapi, kena tahan kesan yang sakit dan tahap kesihatan merosot.

“Saya juga tiada selera makan, turut mengalami demam, batuk, muntah darah, mulut pecah dan sukar bernafas,” tambah anak jati Shah Alam, Selangor ini lagi.

Gambar: Afiq

Tidak cukup dengan kanser

Selepas satu, satu lagi ujian mendatang. Akhir-akhir ini, di sebalik lelah Afiq berjuang melawan kanser, doktor mengesahkan dirinya turut dijangkiti satu lagi penyakit lain.

“Saya baru dapat tahu yang saya ada penyakit lain selain kanser, iaitu pneumonia.

“Pneumonia ini saya tahu dari bulan lepas lagi kerana batuk yang berterusan dan darah terkeluar apabila batuk,” jelasnya.

Gambar: Afiq

Hendak berdiri seorang diri, ianya bukan mudah. Sebagai manusia biasa, Aafiq juga perlu bergantung pada orang lain untuk mendapatkan kekuatan hidup.

Menurutnya, beliau masih mampu bertahan di sebalik kegetiran sakit ini adalah kerana suntikan semangat, sokongan dan doa daripada ibu dan ayahnya.

Hampir masuk tahun keempat, Afiq masih lagi perlu terus berjuang untuk hidup. Kanser dalam badannya bukanlah penghalang untuk dia menikmati usia yang diberi Tuhan.

Namun, siapa sangka, tiada apa jangkaan yang boleh dipertaruhkan. Semuanya masih belum ‘diketahui’.

“Jangkaan sembuh itu memang tiada, tapi harapan saya semoga penyakit ini berkurang dan kalau boleh, penyakit ini hilang,” luahnya yang juga merupakan penuntut semester dua di Kolej Komuniti Selayang, Selangor.

Sokongan padu netizen

Tersentuh dengan ujian yang menimpa, ramai netizen menzahirkan ucapan sokongan dan doa agar anak muda ini cekal mendepani hari-hari mendatang.

Kanser bukan penanda aras umur dan takdir kematian.

Dalil daripada Al-Quran yang boleh diamalkan, mudah-mudahan menjadi asbab kesembuhan. InsyaAllah.

“Aku pun enam kali je chemo tapi…..”

“Jangan lupa bekalan akhirat…”

Semoga Afiq diberi kesembuhan juga satu hari nanti. InsyaAllah. Ameen.

Jom bantu Afiq

Sekiranya pembaca ingin menyalurkan sumbangan untuk kos perubatan Afiq, sumbangan boleh disalurkan melalui:

  • 7623240226 
  • CIMB Bank
  • Mohamad Afiq Aiman Abd Aziz

Untuk pertanyaan lanjut, Afiq juga boleh dihubungi melalui talian 014-3180445 (Afiq).

Sumber: Twitter aafiqaziz_

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.