Sebagai pengguna jalan raya, mungkin kita akan rasa ‘marah’ kalau pengguna lain bunyikan hon pada kenderaan kita.
Sama ada bunyinya pendek, panjang atau dibunyikan berkali-kali, semunya akan dianggap sebagai ‘nak bergaduh’.
Tapi sebenarnya, bunyi hon hanyalah medium berkomunikasi sesama kenderaan di atas jalan. Takkan nak buka tingkap bercakap sambil jerit kuat-kuat pula kan?
Justeru, seorang warganet yang selalu berkongsi cerita-cerita tentang pertanian, penternakan, suasana-suasana kampung, Mohd Sanusi kali ini mendedahkan perbezaan ‘budaya’ hon antara Malaysia dengan jiran kita, Indonesia.
Jom hayati pengalaman ini.

Pokcik nak share sikit pasal budaya hon di negara kita dan di negara Indonesia. Pokcik citer pasal Indonesia sebab kerap ziarah anak yang belajar pondok di sana. 3-4 kali setahun pergi sana dan biasa juga memandu motor atau kereta di sana.
Di Malaysia, kita jarang-jarang dan seboleh-bolehnya tak nak bunyikan hon kerana bunyi hon boleh buat orang jadi marah atau tersinggung. Kita sendiri tak suka/benci kena hon. Kan?
Apatah lagi kalau bunyi hon itu panjang. Daripada elok-elok pemandu yang dihon boleh terima teguran, tetapi kerana hon itu panjang sangat atau meleret-leret, dia jadi tersinggung dan mungkin bertindakbalas secara agresif.
Oleh sebab bunyi hon tu jarang-jarang kedengaran, ia dianggap sebagai bunyi yang sangat sensitif dan berisiko menjadi provokatif kalau tak kena cara. So, jangan sesuka hati nak tekan hon apatah lagi kalau hon tu panjang!
Citer hon ni berbeza sangat kalau di Indonesia.
Di sana, hon dianggap perkara biasa dan sangat diamalkan dengan kerap oleh semua pemandu kenderaan. Hon berperanan sebagai cara komunikasi berkesan antara pengguna jalan raya.
- Nak memotong kenderaan depan, bunyikan hon.
- Nak minta kenderaan depan slow sikit sebab aku nak potong ni, bunyikan hon
- Nak keluar simpang, bunyikan hon.
- Nampak orang nak keluar simpang, bunyikan hon.
- Nak halau kenderaan kecik atau pejalan kaki pergi ke tepi, bunyikan hon.
- Paling lucu, nak buat kesalahan lalu lintas atau lakukan pergerakan yang bahaya, bunyikan hon. Minta maaf dulu daripada pemandu lain dan minta mereka mengalah
Dan macam-macam situasi lagilah di mana hon dibunyikan hampir setiap masa.
Yang sangat menariknya mereka di sana, sama ada pemandu yang tekan hon atau pemandu yang kena hon, TIDAK EMOSI.
Tidak tersinggung
Tidak ada perasaan geram apa lagi nak berdendam
Tidak bawa ke dalam hati
Tidak tekan hon panjang-panjang sebab nak menyatakan rasa tak puashati
Hon situ habis situ.
Yang kena hon juga sentiasa akur dan mengalah kepada permintaan orang yang membunyikan hon. Seriously, sangat tinggi toleransi sesama pemandu ini. Sabar, redha, pemaaf, gentleman semua lengkap.

Apa kesannya?
Pertama, walaupun infrastruktur jalanraya mereka daif, sempit dan kadang-kadang agak bahaya juga, sangat jarang berlaku insiden kemalangan jalan raya di sana.
Budaya hon mereka yg menjadi amalan biasa sangat membantu dalam mengelakkan dan mencegah berlakunya kemalangan. Komunikasi melalui hon sesama mereka sangat berkesan.
Kedua, tidak berlaku insiden pemandu bergaduh kerana tersinggung dengan hon orang lain. Walaupun dia di pihak yang benar atau haknya diganggu, dia tetap sabar walaupun kena hon.
Yang penting bagi mereka selamat sampai ke pangkuan keluarga di rumah. Buat apa nak sakit sakit hati sepanjang perjalanan.
Kena hon situ, habis di situ.
Bagi yang tak biasa ke Indonesia, first time ke sana mesti korang rasa kaget… “Eh apasal la pak supir ni asyik tekan hon aje….” Risau & irritating pun ada.
Tapi bila dah biasa, lama-lama kita dapat terima & anggap perkara-perkara tu biasa dan banyak baik daripada buruk.
Pokcik sendiri kalau memandu di sana suka juga main hon… Kengkadang saja je hon orang lain saja nak tengok marah ke tak marah… Eh, betullah, dorang tak marah
Ok sekian sharing Pokcik yang jarang-jarang kali ni sempena kejadian “pensyarah marah sebab kena hon panjang berhampiran Hospital Serdang”.
Pokcik nak share sikit pasal budaya hon di negara kita dan di negara Indonesia. Pokcik citer pasal Indonesia sebab kerap…
Posted by محمد سنوسي on Wednesday, February 3, 2021
Sumber: Mohd Sanusi