Siakap Keli

Mak Baru Meninggal Dunia, Hilang Kerja Akibat PKP, Lelaki Ini Jual Jeruk Mangga Nak Sara Keluarga Minta Netizen ‘Support’

Pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi kesan kepada rakyat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan bagi mengekang penularan wabak.

Ramai yang terjejas akibat pemotongan gaji dan kehilangan pekerjaan kerana syarikat atau majikan sendiri tidak mampu lagi untuk meneruskan operasi dalam tempoh yang mencabar ini.

Perkongsian oleh seorang pemuda menerusi Twitter @kimahmxd yang menjadi tular di media sosial, merupakan satu daripada contoh ribuan mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Dia yang baru sahaja menghadapi pemergian ibu tersayang, kehilangan pekerjaan disebabkan PKP dan terpaksa menyara adiknya yang turut mengalami nasib sama dengan menjual asam boi bagi menampung kehidupan mereka.

Perkongsian oleh pemuda ini menjadi tular di media sosial dengan mendapat 13k tanda suka dan 20.7k ulang kicau oleh warganet yang tersentuh.

Mak saya baru meninggal Jumaat lepas..

Jual asam boi tanggung hidup

 

 

Tak sangka jeruk manga hari ni semua habis..

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengucapkan takziah dan memberi semangat kepada pemuda ini untuk meneruskan hidupnya.

Moga kuat jalani hidup

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Twitter @kimahmxd

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.