Siakap Keli
Gambar: MKN

TERKINI: Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi Dengan SOP Ketat

Putrajaya, 4 Feb – Kerajaan membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan beroperasi bermula esok, 5 Februari 2021.

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, operasi kesemua perniagaan itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard yang ketat.

Jelasnya, pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah sekurang-kurangnya satu meter serta hanya laluan keluar masuk sehala sahaja dibenarkan.

Sementara itu, operasi kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan menggunting sahaja dibenarkan manakala prosedur rawatan kecantikan adalah dilarang.

Selain itu, pengusaha perlu mengikut SOP ketat seperti memakai topeng muka dan pelindung muka (face shield), sarung tangan serta apron pakai buang bagi setiap pelanggan.

Pengusaha juga perlu mencuci peralatan digunakan dengan air panas setiap kali selepas menggunting rambut pelanggan, katanya.

 

Sementara itu, operasi cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.

Tegas beliau, semua perniagaan yang dibenarkan beroperasi akan ditutup sekiranya terdapat laporan berlaku pelanggaran SOP di premis tersebut.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Amira

Love yourself.