Siakap Keli

Vaksin Adalah Sinar Harapan Utama Untuk Kita Menang Melawan Covid-19 – PM

”Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan Covid-19,” demikian menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Perutusan Khas sebentar tadi.

Jelas beliau, penghantaran pertama vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech itu dijadualkan tiba di negara pada bulan ini sekaligus kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

”Suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

”Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” kata beliau.

Difahamkan, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Baca: Golongan Dewasa 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima Vaksin Covid-19 Fasa Ketiga Bermula Mei 2021

Fasa kedua adalah melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 dan fasa terakhir adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.