Siakap Keli
Kredit: Google

KKM Senaraikan 9 Golongan Ini Tidak Sesuai Terima Vaksin COVID-19 COMIRNATY

Rakyat Malaysia bakal menerima vaksin COVID-19 tidak lama lagi sebagai ikhtiar mencegah penularan wabak tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), pada ketika ini vaksin adalah pilihan terbaik untuk mencegah dan mengawal jangkitan COVID-19 daripada terus merebak.

Bagaimanapun jelas KKM, di sebalik usaha ini, sebenarnya bukan semua orang yang diklasifikasikan sebagai ‘sesuai’ untuk menerima vaksin keluaran Pfizer (CORMINATY).

Justeru, KKM melalui soalan lazim (FAQ) yang disediakan Insitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menyenaraikan sembilan (9) jenis golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini.

Vaksin COMIRNATY tidak sesuai diberikan kepada:

1. Individu yang mempunyai sejarah alahan yang serius terhadap makanan (atau) ubat (atau) persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.

2. Individu yang mengalami alahan yang serius selepas menerima dos pertama vaksin COMIRNATY.

3. Individu yang menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.

4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi.

5. Individu yang menghidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 sel/mL.

6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil.

7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria.

8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.

9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (<50,000/µL)

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'