Siakap Keli

Siap Boleh Test Drive Kat Rumah Lagi? Ini Port Terbaik Kalau Nak Beli Kereta Terpakai Berkualiti

Mesti korang tahu kan zaman sekarang ni penggunaan kereta bukan lagi satu kehendak tapi ia menjadi  keperluan utama dalam menjalankan aktiviti seharian. Namun, perlu dilihat juga pada bajet dan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang. Nak beli kereta baru, kena fikir dua tiga kali.

So, mestilah korang nak cari kereta terpakai kan? Pening jugak aku fikir kat mana nak cari kereta terpakai yang berbaloi tapi suatu hari ada kawan aku mencadangkan untuk pergi ke satu laman web yang menyiarkan pelbagai jenis kereta terpakai mampu milik dan berkualiti.

Aku pun apa lagi, cari la laman web tu. Perkara pertama yang aku lihat, laman web tu sangat ringkas dan mesra pengguna. Yang penting laman web tu buatkan aku jadi rambang mata!

Mana tidaknya, tengah aku belek-belek laman web tu, aku tengok pelbagai jenis kereta terpakai yang ditawarkan dekat laman web tu contohnya kereta import seperti jenama Honda, Toyota dan banyak lagi. Bukan tu je, jenama tempatan pun ada seperti Proton dan Perodua. Ishh, macam-macam pilihan ada tu!

Mesti korang tertanya-tanya kan laman web apa yang menarik sangat tu? Haa kalau korang nak tahu itulah Carsome, tempat terbaik kalau korang tengah cari kereta terpakai macam aku ni. Bukan setakat nak beli kereta, korang kalau ada kereta yang nak dijual pun boleh bincang dengan Carsome.

Kalau korang nak tahu, Carsome merupakan sebuah laman web di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual beli kereta terbaik dan paling dipercayai sejak lima tahun lepas. Semua kereta yang melalui Carsome dilabel Carsome Certified, bermaksud ia telah melewati pemeriksaan 175-point inspection mereka, serta tidak mengalami kerosakkan struktur atau rosak akibat banjir. Experience Center gabungan baru mereka di Lembah Klang menggabungkan kedua-dua perkhidmatan iaitu jual dan beli kereta. Jadi, korang dapat menjual dan membeli pada masa yang sama.

Bukan tu je, kereta-kereta terpakai yang mereka jual sangat berkualiti dan ada extended warranty sehingga satu tahun. Carsome juga memberikan jaminan wang dikembalikan sehingga lima hari. Memang menarik!

Untuk maklumat korang, semua kereta yang dijual juga dilindungi di bawah Carsome Promise dan Carsome Certified: –

Carsome Promise

  • Waranti lanjutan 1 tahun
  • Carsome Certified
  • Jaminan wang dikembalikan 5 hari

Carsome Certified

  • Lulus 175 inspection point
  • Tiada kemalangan besar
  • Tiada frame dan kerosakan banjir

Carsome juga baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu menempah secara dalam talian. Korang kini boleh menempah kereta yang korang suka secara dalam talian, dan boleh atur untuk test drive nanti. Sebelum ni, tempahan dilakukan secara fizikal di Experience Center Carsome.

Oleh sebab keadaan sekarang dimana pandemik COVID-19 masih belum reda, Carsome juga bantu memudahkan test drive korang dengan melakukannya di rumah korang je! Mereka akan bawa kereta ke rumah korang untuk korang test drive sendiri di kawasan kejiranan korang. Berbaloi kan?

 

Apa yang menarik lagi? Sempena Tahun Baru Cina kali ni, Carsome ada membuat kempen  istimewa iaitu Triple Happiness CNY Campaign. Kempen ni bermula dari 25 Januari sehingga 24 Februari 2021. Antara yang ditawarkan sepanjang kempen ni berlangsung ialah:

  1. a) Diskaun antara RM588 hingga RM3888
  2. b) Pulangan tunai dalam bentuk kredit e-wallet TNG (dari RM188 hingga RM588)
  3. c) Semua pembelian kereta akan mendapat FREE WARRANTY UPGRADE (bernilai antara RM599 hingga RM1499)

Baucar diskaun khas juga akan diberikan sekiranya korang membuat sebarang pembelian di kedai rasmi Carsome di Shopee ataupun Lazada. Harga istimewa untuk baucar diskaun hanya untuk masa terhad saja. Tarikh jualan baucar diskaun adalah seperti berikut:

  • Shopee: 2 – 9 Februari dan setiap hari Sabtu selepas itu dalam bulan Februari
  • Lazada: Setiap hari Rabu dalam bulan Februari

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Carsome, korang juga boleh pergi ke laman web diorang dengan klik link di sini.

Adib Mohd