Dalam satu laporan daripada tinjauan laman sesawang temu janji memaklumkan bahawa negara India antara yang tertinggi status ‘sugar daddy’ iaitu dengan 338,000 daripada jumlah keseluruhannya adalah 556,000.
Apa yang mengejutkan adalah Malaysia antara ‘top 3’ dengan miliki 42,500 ‘sugar daddy’ dan berada ditempat ketiga selepas India dan Indonesia (60,250).
Syarikat temu janji tersebut memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa negara dengan kadar pendidikan yang tinggi terbukti lebih tertarik dengan perkara ini kerana pelajar sering dibebani dengan hutang.
Fenomena ‘suggar daddy’ dan ‘sugar babies’ ini telah tercetus dari negara India sejak dahulu lagi.
Kata firma itu lagi, mereka ini bukan sahaja menyelesaikan masalah kewangan malah mejadi mentor atau batu loncatan bagi masa akan datang agar lebih baik untuk ‘sugar babies’ berkenaan.
Selepas Malaysia, diikuti dengan negara Jepun dengan 35,500 orang dan seterusnya di tempat kelima Hong Kong (28,600), Taiwan ( 27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000), Sri Lanka (5,000) dan Kemboja (3,500).
Sumber: Theprint India