Siakap Keli
Gambar: Azizulhasni Awang

“Masih Segar Di Ingatan,” Azizulhasni Kongsi Pengalaman Tertusuk Kayu 20 Sentimeter Tembus Betis

Baru-baru ini negara telah menerima satu berita yang membanggakan susulan kejayaan bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David kerana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.

Berita membanggakan itu tidak terhenti di situ sahaja, ini kerana jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang juga telah berjaya mengharumkan nama negara dengan mengungguli ranking teratas dunia acara pecut individu.

Kejayaan jaguh berbasikal trek negara itu amat bermakna buatnya. Ianya kerana, segala kesusahan dan penat lelah yang dilaluinya itu terubat selepas berjaya mengecapi kejayaan yang pastinya bermakna untuknya serta negara.

Melalui satu perkongsiannya di Facebook milik beliau, beliau ada berkongsikan tentang bagaimana perjalanannya dalam mengecapi apa yang beliau telah kecapi sekarang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kenangan kemalangan tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter yang menembusi betis saya masih segar di ingatan. Pelbagai tekanan yang saya tempuhi ketika itu. Emosi, fizikial dan tekanan dari pelbagai sudut untuk kembali ke puncak prestasi. Pilihan paling mudah waktu itu adalah untuk gantung basikal dan mencari arah baru.

Tetapi saya tidak menjadikannya sebagai suatu pilihan buat diri saya. Saya percaya, setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu hadir dengan sebuah kemanisan. Dan semua itu adalah untuk hamba Nya yang hebat. Tahukah anda yang setiap dari kita ini adalah hebat. Cumanya, tingkatan hebat itu berbeda-beda, bergantung kepada betapa besar ujian yang kita sanggup harungi.

Puan-puan, Tuan-tuan, adik-adik, kakak-kakak serta abang-abang. Saya harap kalian semua tidak mudah berputus asa dengan kehidupan serta apa jua pekerjaan anda sekalian. Anda berhak merasai kemanisan yang telah di tetapkan untuk anda semua. Pokoknya, sanggup atau tidak kita untuk mengharungi kepayahan itu.

Never give up, Never surrender.

Sumber: Azizulhasni Awang

Aqmal Ezany

I write what is right