Siakap Keli

TERKINI: Gimnasium, Badminton Antara Semua Jenis Sukan Dan Rekreasi Dibenarkan Bermula Esok

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan sukan dan rekreasi bermula 12 Februari 2021.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri memaklumkan bahawa semua jenis sukan dan rekreasi seperti jogging, brisk walk, berbasikal, tenis, badminton, ping pong, permotoran, latihan kemahiran kendiri secara berseorangan, gimnasium, golf dibenarkan.

Penggunaan fasiliti sukan komersil seperti gimnasium, dewan badminton, gelanggang tenis, ping pong, sepak takraw, padang golf, bola sepak, futsal, bola keranjang hanya secara penjadualan, jelasnya lagi.

Bagi aktiviti sukan seperti jogging, berbasikal, senaman terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan.

Tegasnya memaklumkan bahawa semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan adalah tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, SOP lanjut bagi sukan-sukan berkenaan boleh dirujuk menerusi laman MKN dan KBS.

SIARAN LANGSUNG : SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG : SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, February 11, 2021

 

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.