Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Detik Ngeri, Trak Pikap Terjunam 70 Kaki Ke Bawah Akibat Terbabas Dirakam CCTV

Seorang pemandu bernasib baik setelah selamat dalam kemalangan ‘ngeri’ yang memperlihatkan trak pikapnya terjunam 70 kaki ke bawah jambatan lebuhraya.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu di lebuhrata I-94 di Zoo Interchange berhampiran Milwaukee, Wisconsin.

Menurut Daily Mail, kemalangan itu telah dirakam oleh CCTV milik Jabatan Pengangkutan Wisconsin.

Trak pikap itu dilihat sedang menelusuri lebuhraya I-94 dan tiba-tiba tergelincir ke bawah.

Kenderaan itu merempuh tebing salji yang tersusun di bahu kanan jalan.

Dua orang dipercayai telah membantu pemandu sehingga timbalan sheriff tiba di tempat kejadian.

Pejabat Sheriff Milwaukee County mengatakan bahawa pemandu masih sedar dan bernafas selepas nahas itu namun dia telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Milwaukee County juga mengatakan bahawa pihaknya akan berusaha secepat mungkin untuk menghilangkan salji dari sisi lebuh raya untuk mengelakkan kemalangan seperti itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story