Bagi yang pernah mengalami hidung berdarah, anda pasti tahu bagaimana siksanya untuk menghentikan pendarahan itu.
Tambah pula jika anak-anak kecil yang mengalami keadaan itu, pasti ibu bapa akan panik.
Dalam keadaan ini, perkara pertama yang perlu dilakukan sebenarnya adalah dengan tidak mendongakkan kepala ketika pendarahan hidung berlaku.
Menerusi perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, darah akan berisiko masuk ke paru-paru jika kepala didongakkan.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk ketahui apa yang perlu dilakukan bila hidung anak berdarah.
Tolonglah jangan suruh anak dongakkan kepala jika hidungnya berdarah! pic.twitter.com/NH7fWWq11n
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 10, 2021
Bila kejadian berdarah hidung seperti ni berlaku, pertama mak ayah mesti bertenang dulu.
Tak usah panik. Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan beberapa step ni.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 10, 2021
2. Mesti bertenang. Perlahan-lahan beritahu anak supaya dia bernafas melalui mulut.
3. Sediakan pek ais dan letakkan di bahagian dahi. Ini dapat bantu mengecutkan salur darah dan mengawal pendarahan dari hidung.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 10, 2021
5. Tak usah masukkan apa apa objek ke dalam hidung walau air sekalipun. Tak pasal pasal boleh buatkan pendarahan keluar tak berhenti nanti.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 10, 2021
Kebiasaannya teejadi disebabkan oleh trauma seperti
– terhantuk
– korek hidung
– atau lapisan mukosa hidung terlampau keringNamun sekiranya pendarahan terlampau banyak & tak berhenti, segera dapatkan bantuan ya.
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 10, 2021
Jemput follow Tiktok saya sekali yahttps://t.co/6EnBEJBOTL
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 10, 2021
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari