Siakap Keli

(Video) Adibah Noor Betulkan Sebutan Perkataan ‘Doubt’ Rina Harun, Ramai Boleh Belajar

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor mengambil insiatif memperbetulkan kesilapan sebutan bagi perkataan Bahasa Inggeris yang disebut oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menerusi satu klip video.

Adibah Noor yang pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris, memuat naik sebuah video di Instagram mengenai cara sebutan yang betul supaya dapat berkongsi ilmu dalam penguasaan Bahasa Inggeris kepada semua pengikutnya.

”Although I must say the speech writer is awesome, I wish I could read that text myself, but anyway let’s learn how to pronounce these word. Mari kita belajar menyebut perkataan ini (doubt).

”Saya dah pernah buat video ini sebenarnya, tapi mungkin anda dah lupa, so cara nak sebutnya hilangkan bunyi ‘b’..” kata Adibah sambil menyertakan tanda pagar betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Video tersebut mendapat lebih daripada 10 ribu tontonan dan ratusan komen dari warganet yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memberikan tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai cara sebutan Bahasa Inggeris yang betul.

Baru-baru ini, Adibah Noor yang aktif menghasilkan kandungan video sedemikian bagi tujuan pembelajaran, turut menegur kesilapan seorang pembaca berita TV3 yang salah menyebut perkataan wilderness.

Sumber: Instagram adibahnoormohdomar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.