Siakap Keli

Kalau Nak Kurangkan Makan Guna Pinggan Warna Merah, Kalau Buka Restoran Guna Pinggan Putih – Kajian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak korang terfikir fungsi warna-warna pinggan di rumah atau di hotel serta kedai makan? Mestilah tak kan sebab bagi kita semuanya sama sahaja.

Tetapi sebenarnya, warna pinggan sangat mempengaruhi cara kita makan.

Nak tahu sebab apa? Ikuti penjelasan daripada Dr Rizal Abu Bakar tentang perbezaan warna pinggan mempengaruhi cara makan seseorang.

Dalam satu sesi coaching neuromarketing saya kongsikan satu research. Hebat research ni. Ia berkaitan macam mana nak bagi orang kurang makan. Juga macam mana nak bagi makan lebih?

Kalau anda kedai makan, ke restoran atau hotel anda akan perasan satu persamaan. Hampir kesemua pakai pinggan putih.

Gambar Sekadar Hiasan

Kenapa agaknya?

Soalan ini dikaji oleh Oxford University. Soalan lain mereka tanya ialah manusia makan kerana bau, rasa atau apa? Mereka terbitkan kajian dalam jurnal saintifik Appetite.

Bila mereka kaji mereka berjumpa dengan jawapan yang sangat menarik. Bila guna pinggan putih, orang makan banyak. Mereka kata makanan sedap.

Bila makanan sama diletak dalam pinggan warna merah, mereka makan sikit. Mereka kata kurang sedap. Menarik bukan?

Ini contoh bagaimana manusia membeli dengan mata. Makanan sedap kerana mata. Bukan lidah. Bukan bau.

Apa yang boleh kita belajar?

1. Cuba semak pinggan kat rumah. Warna apa? Kalau nak kurangkan makan, gunalah pinggan warna merah.

2. Kalau anda orang bisnes, pastikan anda guna warna putih, bersih, murni warnanya. Lebih sedap makanan anda.

3. Kalau nak menang hati pasangan, serve dengan pinggan putih. Cawan pun putih. Makanan dan minuman jadi sedap. Lepas tu baru cakap yang anda mahu cakap.

Biasanya hajat lebih mudah dapat dan ditunaikan.

Ini contoh powernya research dalam bidang neuromarketing. Bukan saja bagus untuk bisnes. Malah boleh diguna dalam rumahtangga.

Bolehlah cuba ye.

 

Sumber: Dr Rizal Abu bakar