Siakap Keli

Macam Mana Nak Rakam “Slide Presentation” Sambil Ada Muka Sendiri? Ini Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak dapat dinafikan, ramai yang sudah mahir untuk menghasilkan slides yang menarik di dalam Microsoft PowerPoint bagi tujuan untuk presentation.

Pun begitu, masih banyak sebenarnya fungsi-fungsi di dalam perisian tersebut yang mungkin anda belum ketahui.

Menerusi perkongsian Nabihah Shaauzi di Twitter, dia menunjukkan cara-cara untuk merakam slides sambil memaparkan wajah sendiri.

Nak tahu macam mana caranya? Ikuti perkongsian di bawah ini.

Ramai yang tanya macam mana nak rakam slaid sambil ada muka sendiri hanya dengan menggunakan Microsoft PowerPoint?

Lagi satu langkah yang mudah dan sangat berguna bagi sesiapa yang perlu melakukan pembentangan atas talian.

Pertama, klik ‘Slide Show’ > klik ‘Record Slide Show’

Ada dua pilihan, klik ‘Record from Current Slide’ untuk rakam pada slaid semasa atau klik ‘Record from Beginning’ untuk rakam daripada slaid pertama.

Klik ikon manusia pada bahagian bawah kanan slaid untuk wujudkan diri atau tidak didalam slide.

Klik ikon mikrofon untuk rakam bersama suara atau tidak

Klik ‘Notes’ (jika ada) sebagai rujukan semasa merakam slaid.

Boleh juga guna ikon pen/pensel pada bahagian bawah slaid jika hendak membuat ‘contengan’ secara terus dalam rakaman pada slaid.

Klik butang rakam pada bahagian atas kiri untuk memulakan rakaman dan klik butang pada tempat yang sama untuk hentikan rakaman.

Klik pangkah jika sudah selesai membuat rakaman.

Bonus

Rakaman anda boleh dialih tempat dan dibentukkan. Sekiranya berlaku kesilapan dalam rakaman, rakaman hanya perlu diulangi pada slaid yang mempunyai kesilapan itu sahaja

 

Sumber: Nabihah Shaauzi

Sofea

There's always another side to every story