Siakap Keli

(Video) Guna ‘Green Screen’, Guru Ini Kongsi Cara ‘Tampal’ Video Diri Sendiri Tengah Bentang Dalam ‘Presentation Slide’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biarpun belajar secara atas talian, anda juga boleh membuat pembentangan dengan cara kreatif. Berbekalkan slide pembentangan, anda boleh menghasilkan video sendiri yang kelihatan lebih menarik menggunakan skrin hijau dan aplikasi telefon.

Untuk mengetahui caranya, mari ikuti perkongsian oleh Cikgu Amyza mengenai cara menyunting video pembentangan menggunakan aplikasi Kinemaster. Beliau yang merupakan seorang pelajar semester akhir Ijazah Pendidikan Sains Fizik di UiTM Puncak Alam turut membuat khidmat pentutoran di rumah.

1. Pertamanya, anda perlu menyediakan skrin hijau menggunakan mana-mana kain berwarna hijau sebagai latar belakang. Rakam video berdasarkan slide yang telah disediakan.

2. Kedua, tukar slide pembentangan kepada bentuk imej. Anda boleh menangkap layar slide yang diperlukan.

3. Import imej slide dan video yang telah dirakam ke dalam Kinemaster. ‘Crop’ jika perlu.

4. Pilih dan aktifkan ‘Chroma Key’. Pilih nisbah yang bersesuaian untuk menghilangkan skrin hijau di belakang anda.

5. Ubah saiz dan letakkan video pada slide. Siap.

Tips: Pastikan anda tidak memakai pakaian berwarna hijau ketika rakaman. Semoga berjaya

Untuk lebih mudah difahami, anda juga boleh melihat video di bawah.

Sumber: Cikgu Amyza

Amira

Love yourself.