Siakap Keli
Gambar Via Metro.co

Nampak Berkilauan, ISS Berjaya Rakam Dipercayai Lubuk Emas Di Sungai Amazon

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dilaporkan telah merakam pemandangan yang ‘menakjubkan’ di sepanjang sungai Amazon yang dipercayai menunjukkan lombong-lombong emas.

Menurut Metro.co, NASA mengatakan bahawa ia merupakan lubuk emas haram yang digali sebagai sebahagian daripada industri emas di Peru yang sedang berkembang pesat.

Kebiasaannya, lubuk emas itu tersembunyi dari pandangan kerana ditutupi oleh awan tetapi pada kali ini langit sangat cerah dan kawasan itu diterangi oleh cahaya matahari yang dipantulkan.

Gambar tersebut diambil di wilayah Peru tenggara yang dikenali sebagai Madre de Dios.

Kawasan ini menempatkan industri perlombongan emas yang besar dan tidak terkawal dengan pekerja yang berusaha menggali logam berharga demi mencari rezeki.

Kesan daripada aktiviti tersebut, kawasan hutan yang luas telah dimusnahkan dan menyebabkan ancaman besar terhadap biodiversiti kawasan itu.

Gambar itu diambil oleh angkasawan di ISS, kira-kira 220 batu di atas bumi pada Disember lalu.

Peru adalah pengeluar emas keenam terbesar di dunia dan perlombongan adalah penyebab utama penebangan hutan di wilayah Madre de Dios.

Agensi angkasa mengatakan bahawa aktiviti itu juga meracuni masyarakat tempatan kerana merkuri digunakan untuk mengeluarkan emas dibuang ke dalam sungai dan atmosfera.

Sumber: Metro.co, earthobservatory.nasa

" "