Pernahkah anda mengalami situasi telinga berasa berdesing untuk tempoh beberapa saat?
Mungkin ada yang pernah, ada yang belum pernah. Namun situasi ini dipercayai berlaku secara lazim.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Mari ikuti penjelasan oleh @AinulNunanaa di bawah ini.
Pernah tak korang duduk sesaja tetiba ada BUNYI BERDESING dalam telinga? Macam dekat sekeliling tak ada bunyi apa-apa tetiba ada bungi berdesing mcm mesin jangka hayat. I pernah!😕
I ada baca pasal ni so I nak share with you guys kenapa terjadinya benda tu. Seriously,take note.
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Telinga berdesing atau lebih dikenali “tinnitus” adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dlm keadaan tidak punca bunyi disekeliling.
Tinnitus mungkin merupakan satu satunya gejala penyakit yg ada pada seseorang yg menggugat tahap kesihatan.
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Tinnitus adalah gejala penyakit & bukannya sejenis penyakit. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap dan boleh jadi berterusan atau berulang ulang.
Gejala gejala berkaitan:
: kurang pendengaran
: sakit kepala
: pening kepala(vertigo)Sesiapa yg ada gejala, please check🥺
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Apakah sebab-sebab berlaku?
Antara sebab berlaku Tinnitus yg dikenalpasti :
: Saluran darah tidak normal
: Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yg menghubungkan hidung ke telinga tengah utk mengimbangkan tekanan)
: Kecederaan kepala
: angin ahmar
: Tumor dalam telinga ( acoustic neuroma )— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
: Masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
: Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Komplikasi gejala ini ialah,
: Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
: Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius.If you ada alami masalah bunyi berdesing dlm telinga, I suggest you guys pegi check.
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya sbb punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya.
Ubat-ubatan didapati berkesan dlm rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan utk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yg dapat memperbaiki kualiti tidur.
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
I rasa sebab I ada masalah tidur yg teruk, maybe sbb tu I ada bunyi berdesing dlm telinga & sakit kepala. I mmg seorang yg susah nak tidur malam & I dah lama tak tidur siang. No nap ke apa ke.
So ada tak yg sama masalah dengan I? Bila I baca gejala memang I dah takut 🥺
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Cara mengatasinya
Mmg ada cara utk cegah gejala ni iaitu dengar bunyi-yg lembut-lembut, elak minum kafein, coklat, cola, alkohol, elak merokok & jangan dedahkan diri pada bunyi bising.
Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Kawal perasaan & tumpukan perhatian.
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
So I think basically our emotions pun berkait rapat dengan pendengaran. Kalau emosi tak terkawal boleh menyebabkan telinga bergejala tinnitus ni.
So start to care about your own emotions. Please jaga emosi & perasaan kita. Sangat penting utk sihat fizikal & mental 💛
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
You guys can check this one! Ada pesakit yg pernah mengalami thinnitus yang share about their experiences.
Bunyi berdesing dlm telinga ramai yg ingat normal. Mula-mula I pun, but no more. https://t.co/k0FVurTW52
— REBEL (@AinulNunanaa) February 15, 2021
Sumber: Twitter @AinulNunanaa