Siakap Keli
Gambar: India Times/Facebook

Pilu, Kucing Peliharaan Mati Dipatuk Ular Berbisa Ketika Selamatkan Kanak-Kanak Dari Serangan

Dipercayai kerana ingin melindungi dua kanak-kanak daripada serangan ular berbisa, seekor kucing peliharaan maut akibat digigit ular di Sunshine Coast, Queensland, Australia.

Menurut India Times, kucing yang diberi nama Arthur itu sedang bermain bersama tuan-tuannya sebelum terlihat seekor ular jenis Eastern Brown menyusup ke dalam taman.

Haiwan itu kemudiannya menyerang ular tersebut sebelum digigit sementara kanak-kanak di situ dibawa ke tempat selamat. Akibat pertembungan tersebut, Arthur tidak sedarkan diri dan mengalami simptom yang teruk.

“Ular eastern brown, salah satu daripada 10 ular paling berbisa di Australia telah memasuki laman belakang rumah mereka di mana kanak-kanak bermain,” tulis Animal Emergency Service di laman Facebook mereka.

“Malangnya, simptom Arthur terlalu teruk untuk sembuh. Dengan hati yang berat, para pemiliknya terpaksa melepaskan Arthur yang terkorban. Mereka mengingatinya dengan penuh kasih sayang dan selamanya bersyukur ia telah menyelamatkan nyawa anak-anak.”

Sumber: India Times

Amira

Love yourself.