Siakap Keli
Gambar: The Guardian

(Video) Cuaca Sejuk Luar Biasa Landa Texas, Ragut Nyawa Sekurang-kurangnya 20 Orang

Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan maut akibat terkesan dengan cuaca sejuk ekstrim di wilayah Texas, Amerika Syarikat (US) baru-baru ini.

Selain bacaan suhu dipercayai serendah -33 darjah Celcius, wilayah di selatan US itu turut dilanda dengan ribut salji yang mengganas.

Memetik beberapa sumber laporan tempatan, ribut tersebut telah mengakibatkan wilayah itu ‘bergelap’ selepas bekalan kuasa elektrik terputus.

Selain itu, banyak kemalangan jalan raya yang berlaku, dalam masa sama ada mangsa maut didakwa akibat mengalami keracunan gas karbon monoksida.

Fenomena alam yang ‘kejam’ itu turut mengakibatkan lebih dua juta kediaman dan bangunan komersial milik orang awam musnah sekelip mata.

Difahamkan, bukan Texas sahaja yang ‘runtuh’ akibat fenomena alam ini, bahkan negara jiran, Mexico pun dilaporkan menghadapi masalah sama hingga menjejaskan bekalan elektrik buat empat juta penduduk di sana.

Ekoran terdesak dengan situasi sesama, pentadbir Texas terpaksa memohon bantuan 60 alat penjana kuasa dari Agensi Pengurusan Bencana Negara ketika itu.

Semuanya difokuskan untuk kegunaan paling utama iaitu di hospital dan pusat rawatan, malah sebanyak 35 pusat perlindungan bencana juga telah dibuka  bagi menampung lebih 1,000 mangsa terjejas.

Dalam pada itu, kerja-kerja vaksinasi oleh kerajaan juga dilapor tergendala buat masa ini.

Sumber: US News / The Guardian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'