“Kalau nak kira dengan gaji aku ni, dulu aku rasa tak layak pun nak dapatkan apa-apa loan,”
“Aku pelik orang lain bayar sampai beribu sebulan dapat rumah flat low cost, tapi aku cuma bayar RM1,335 dah boleh beli apartmen servis sehingga 1,066 kps dengan ID 3 bilik tidur 2 bilik air,”
“Semua orang ada peluang sebenarnya untuk beli rumah tapi kena ada cara yang betul,”
Tipulah kalau tak pernah ada impian untuk membeli rumah sendiri, setiap orang pasti akan berusaha untuk memilikinya.
Pun begitu, ramai yang terpaksa menangguhkan hasrat tersebut kerana memikirkan gaji dan loan yang bukan senang untuk diluluskan.
Namun jangan bimbang, anda masih lagi boleh membeli rumah walaupun bergaji rendah, jom tengok beberapa panduan di bawah ini yang mungkin boleh membantu anda.

1. Semak sejarah kredit anda
Bagi yang menggunakan kad kredit, anda perlu menyemak skor kredit kerana ia merupakan faktor penting dalam proses pinjaman.
Menurut Discover.com, ia akan ditentukan berdasarkan ketetapan masa pembayaran, nisbah antara berapa banyak kredit yang ada pada akaun pusingan dan berapa jumlah yang digunakan, berapa lama kredit anda dibuat, jenis akaun yang anda miliki dan jumlah pertanyaan terkini dibuat mengenai skor kredit.
Anda boleh menyemak laporan kredit di Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
CCRIS akan mengumpulkan maklumat kredit peminjam dari institusi kewangan yang mengambil bahagian dan membekalkan maklumat tersebut kepada mereka.
2. Uruskan perbelanjaan dan hutang anda
Kos sara hidup biasanya menjadi salah satu faktor yang akan digunakan oleh pemberi pinjaman untuk menilai kelayakan anda bagi mendapatkan pinjaman perumahan.
Komitmen semasa anda termasuk hutang kenderaan dan PTPTN perlulah diberi perhatian.
Jika anda culas bayar hutang tersebut setiap bulan, peluang anda untuk dapatkan pinjaman pastinya berkurang.

3. Simpan wang pendahuluan (down payment)
Cara ini mungkin memerlukan waktu yang lama namun jika anda menetapkan bajet perbelanjaan dengan betul, ia boleh meningkatkan simpanan wang pendahuluan untuk kediaman anda.
Berapa lama tempoh penyimpanan wang pendahuluan ini adalah bergantung kepada anda, namun yakinlah bahawa kesabaran dan kerja keras pasti akan membuahkan hasil.
4. Pemilihan lokasi rumah
Carilah lokasi rumah yang harganya dapat dijangkau dengan pendapatan dan simpanan anda kerana walaupun wang pendahuluan telah dibayar, gadai janji akan menanti selepas itu.
Kira ansuran bulanan mengikut pendapatan. Untuk berjimat dengan lebih banyak lagi, pilih lokasi rumah yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti terminal dan stesen.
Bayar serendah 60% sahaja
Bukan itu sahaja, tawaran yang disediakan oleh IOIFinance ini juga sebenarnya boleh membantu anda.
Manakan tidak, anda hanya perlu membayar serendah 60% sahaja dari harga rumah untuk memiliki rumah yang diimpikan.
Anda tidak lagi perlu risau jika mempunyai masalah untuk membayar wang pendahuluan atau ditolak oleh pihak bank kerana berpendapatan rendah dan mempunyai hutang yang banyak.
Dengan IOIFinance, anda boleh mendapatkan pinjaman tanpa faedah. Lebih menarik, anda tidak perlu membuat pembayaran balik pinjaman selama 10 tahun.
Ditambah pula dengan bilangan ahli keluarga yang meningkat, anda tidak perlu lagi pening-pening untuk memikirkan mengenai pencarian rumah yang lebih besar.
Tawaran istimewa untuk kakitangan kerajaan
Menariknya, pembiayaan margin pinjaman tambahan sebanyak 3% akan diberikan oleh IOIFinance kepada kakitangan kerajaan sahaja.
Dalam keadaan sekarang ini, adalah digalakkan untuk membeli rumah kerana kadar faedah pembiayaan bank yang rendah.
Bukan itu sahaja, duti setem juga telah dikecualikan sehingga Mei 2021 dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bersamaan dengan RPGT iaitu sehingga Disember 2021.
Anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebanyak 100%.
Ia merupakan peluang terbaik untuk anda yang mungkin tidak akan diperoleh lagi pada masa akan datang.
Lokasi projek-projek perumahan untuk IOIFinance ini termasuklah di Putrajaya, Bangi, Sepang, Puchong, Puchong South dan Johor Bahru.
Dengan semua tawaran tersebut, ini menjadikan IOI Properties sebagai pemaju hartanah pertama yang menawarkan skim pembiayaan faedah sifar untuk membantu semua orang memiliki kediaman impian masing-masing.
Wah! Jarang ada tawaran macam ni. Bukan senang tau nak dapatkan pinjaman yang tiada sebarang faedah.
Jadi apa tunggu lagi, inilah peluang anda untuk mendapatkannya! Dana adalah terhad, jom daftar di laman web sekarang!
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web IOI Finance.