Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Tak Tahu Nak Buang Nama Penama Bersama Dalam Geran Rumah? Peguam Kongsi Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membeli rumah sememangnya sedikit rumit, banyak aspek yang perlu diambil kira.

Salah satu aspek yang perlu dititikberatkan adalah berkaitan geran rumah, mungkin ada yang meletakkan nama individu lain yang terdekat di dalam Perjanjian Jual Beli namun apabila tidak tahu bagaimana untuk membuang nama tersebut bila tiba masanya.

Peguam hartanah, Salkukhairi Abd Sukor ada menjawab mengenai persoalan ini.

Untuk ketahui lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

MACAM MANA NAK BUANG NAMA PENAMA BERSAMA DALAM GERAN RUMAH?

Saya sering terima soalan lebih kurang macam ini:

Tuan,

Rumah yang saya duduki sekarang ni, dalam geran nama saya dengan abang saya. Tapi loan nama saya seorang. Dan saya yang bayar loan bank bulan bulan.

Dulu masa beli rumah tu saya masukkan nama abang saya sekali dalam SNP sebab nama saya sorang tak lepas. Bank suruh guna dua nama.

Jadi sekarang dia berhasrat untuk keluarkan namanya daripada geran sebab dia ingin beli rumah baru atas namanya seorang.

Bagaimanakah caranya untuk keluarkan nama abang saya tersebut?

Jawapan saya :

Sebelum nama abang tuan boleh dikeluarkan dari dalam geran rumah, tuan hendaklah terlebih dahulu buat penyelesaian penuh terhadap baki hutang rumah tersebut dengan pihak bank, sama ada melalui simpanan tunai yang tuan ada atau dengan cara tuan buat loan baru/ refinance untuk beli bahagian abang tuan tersebut dan settlekan terus baki hutang loan lama rumah tersebut.

Dalam masa yang sama abang tuan jual dan buat pindah milik bahagiannya kepada nama tuan.

Barulah dalam geran nanti tinggal nama tuan seorang sahaja.

Selepas itu bolehlah dia apply loan untuk beli rumah atas nama dia seorang sahaja.

Moga perkongsian ini bermanfaat.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

Sumber: Salkukhairi Abd Sukor

Sofea

There's always another side to every story