Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa Kongsi Video Kenangan Bersama Asiah, “Kami Akan Rindu Celoteh Asiah Sayang”

Video Kenangan Bersama Asiah
Kredit: TikTok syahirhondasridamansara

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi apabila pemergian itu berlaku tanpa diduga.

Bagi ibu bapa, kenangan bersama anak pastinya menjadi antara perkara yang paling sukar untuk dilepaskan.

Walaupun masa terus berjalan, setiap gambar, video dan momen yang pernah dilalui bersama tetap menjadi pengubat rindu.

Video Kenangan Bersama Asiah

Baru-baru ini tular satu kemalangan di Jalan Kuching yang mengakibatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir meninggal dunia.

Kejadian itu meruntun hati orang ramai, malah ramai yang menggesa agar tindakan sewajarnya diambil terhadap lelaki yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Ahmad Syahir menerusi perkongsian di TikTok miliknya memuat naik satu video kenangan bersama Asiah.

“Wahai anak abi dan umi, kami akan rindu celoteh Asiah sayang,” katanya menerusi kapsyen video.

Video berkenaan memaparkan detik manis Ahmad Syahir mendukung Asiah ketika mereka berada di Tanah Suci.

Mereka dalam perjalanan untuk ke Masjid Nabawi ketika itu.

“Asiah doa banyak-banyak, jom solat,” antara celoteh Asiah dalam video itu.

Celoteh dan gelagat ceria Asiah dalam video itu mengundang sebak dalam kalangan netizen.

“Asiah tengah buat apa di sana? Dengan kawan-kawan sebaya yer? Asiah kena tunggu abi dengan umi Asiah tau. Asiah tarik abi dengan umi Asiah masuk syurga sama-sama nanti yer,” kata seorang netizen.

“MasyaAllah bijaknya Asiah.. Asiah dah bahagia kat syurga, beruntung ayah ibu Asiah ada anak syurga,” kata seorang lagi.

Semoga roh Allahyarhamah Asiah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Intipati
  • Asiah Ahmad Syahir, lima tahun, meninggal dunia selepas kemalangan di Jalan Kuching.
  • Bapanya, Ahmad Syahir, berkongsi video kenangan bersama Asiah menerusi akaun TikTok miliknya.
  • Video itu memaparkan Ahmad Syahir mendukung Asiah ketika menuju ke Masjid Nabawi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan