Siakap Keli
Gambar Via The Sun

Dipercayai Dibina Sejak 1950 & Ditengah-tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

Setiap orang mempunyai impian dan citarasa  yang tersendiri apabila ingin membina rumah, pastinya faktor persekitaran juga perlu diambil kira.

Sama dengan pemilik rumah ini yang telah membina sebuah rumah di tengah-tengah pulau kecil di selatan Iceland.

Tidak pasti sama ada anda pernah melihatnya atau tidak, namun pastinya gambar-gambar rumah tersebut bertebaran di dalam internet.

Gambar Via The Sun

Menurut Oddity Central, rumah putih yang tersergam indah itu secara tidak rasminya mendapat gelaran rumah paling sunyi di dunia.

Terletak di Kepulauan Ellidaey atau Ellirey, ia menjadi satu-satunya rumah yang didirikan di situ, dikelilingi oleh padang rumput yang landai.

Ia merupakan tempat yang indah yang didakwa tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an.

Gambar Via Reddit

Disebabkan keunikan dan kesunyian yang ditonjolkan rumah itu, pelbagai teori serta khabar angin mengenainya beredar di media sosial termasuk dakwaan ia dibina oleh seorang ahli perniagaan eksentrik sebagai tempat perlindungan jika berlakunya zombie apocalypse.

Gambar Via The Sun

Ada juga yang mengesyaki bahawa rumah itu adalah milik seorang fanatik agama.

Pun begitu, semua teori tersebut tidak benar kerana ia sebenarnya hanya merupakan tempat persinggahan yang dibina pada tahun 1950-an oleh Ellioaey Hunting Association yang datang untuk memburu puffin iaitu sejenis burung laut.

Sumber: Oddity Central

BACA: Bisnes ‘Online’ Buat Duit Kaw-Kaw ‘Time’ PKP, Ketahui Tekniknya Di Karnival Ini

Sofea

There's always another side to every story