Siakap Keli
Gambar via 6abc.com

Penderitaan Gajah Paling Sunyi Di Dunia Tamat Selepas Diterbangkan Semula Ke ‘Rumahnya’ Di Kemboja

Difahamkan, seorang penyanyi, Cher membuat keputusan untuk membebaskan seekor gajah bernama Kaavan atau dikenali sebagai “gajah paling sunyi di dunia” di Pakistan setelah bertahun-tahun hidup keseorangan sejak kematian pasangannya pada tahun 2012.

Melalui portal People, dengan kerjasama pihak berkuasa Pakistan, ahli perniagaan Amerika Eric S. Margolis, Four Paws, penyanyi tersebut berjaya membantu Kaavan bagi penempatan semula melalui badan amalnya “Free The Wild” ke Kemboja.

Gambar via BBC.com

“Kaavan cepat percaya pada kami dan membuat kemajuan besar dalam waktu singkat. Dalam kesnya, ia tidak hanya membawa sebuah kampung tetapi seluruh negara untuk memindahkan Kaavan ke Kemboja. Tanpa sokongan Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad, pihak berkuasa Pakistan dan komuniti tempatan, ahli perniagaan Amerika Eric S. Margolis dan juga rakan kongsi kami dari Free The Wild, penempatan semula ini tidak mungkin dilakukan, “kata Dr Amir Khalil, doktor haiwan Four Paws.

Gambar via TRT World

Mereka membawa Kaavan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad dengan sebuah pesawat Ilyushin Il-76 iaitu sebuah pesawat Rusia akan mengangkut gajah dan pasukan penyelamat ke Kemboja.

Menerusi akaun Twitter Cher mengatakan perjalanan kehidupan Kaavan menuju kebebasan akan dipaparkan di sebuah dokumentari saluran Smithsonian yang akan ditayangkan pada tahun 2021.

Walau begitu, terdapat kritikan daripada pengguna Twitter yang tidak berpuas hati dengan penyanyi tersebut melakukan aktiviti dan perjalanan ketika wabak pandemik COVID-19.

Sumber: People

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia