Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Nampak ‘Simple’ Tapi Ini Antara 12 Punca Lazim Kereta Anda Tak Dapat Dihidupkan

Baru atau terpakai, kereta kita kadangkala boleh merencatkan rancangan kita apabila kita mahu menggunakannya.

Masalah lazim yang selalu dihadapi kebanyakan kita dan boleh membuatkan kita panik adalah secara tiba-tiba sahaja enjinnya tidak boleh dihidupkan ketika kita mahu menggunakannya.

Justeru daripada itu, portal Mental Floss ada berkongsikan tentang masalah-masalah lazim sekiranya enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut ikuti penjelasannya seperti berikut:

Bateri habis

Sekiranya anda cuba untuk menghidupkan enjin kereta anda dan menyedari bahawa tidak ada lampu yang menyala pada dashboard kereta anda atau mendengar bunyi enjin anda sedang bergerak, berkemungkinan bateri kereta anda telah kosong. Jika anda bernasib baik, lampu amaran bateri anda akan menyala, dan itu akan memberikan petunjuk yang cukup untuk anda ketahui apa masalahnya.

Sambungan bateri pada kereta anda tidak baik

Perkara ini jarang terjadi, namun masih mungkin boleh terjadi. Sekiranya kereta anda tidak dapat dihidupkan, sambungkan kabel pada bateri anda mungkin rosak atau longgar. Cuba usiknya sedikit. Sekiranya ia bergerak, terminal itu berkemungkinan longgar dan perlu diketatkan. Sekiranya ia berkarat atau kotor, ianya harus dibersihkan atau diganti sebelum dipasangkan semula.

Alternator perlu ditukar

Sekiranya anda boleh menghidupkan kereta anda tetapi ianya berhenti atau lampu pada bahagian dalam kereta anda mulai menyala dengan terang dan kemudian malap, alternator kereta anda mungkin penyebabnya.

Simbol bateri anda juga mungkin akan muncul pada dashboard anda dan anda juga mungkin perasan bau seakan sesuatu sedang terbakar. Tidak ada penyelesaian secara cepat yang boleh dilakukan, anda mungkin memerlukan pakar untuk memeriksanya. Sekiranya ia teruk, kemungkinan bateri anda juga turut boleh rosak.

Gear kereta tidak berada dalam keadaan parkir

Enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan jika gear tidak berada dalam keadaan yang sebetulnya. Periksa kedudukan gear anda dan pastikan ianya berada di dalam posisi parkir.

Suis pencucuhan mengalami masalah

Suis pencucuhan berfungsi mengalirkan kuasa dari bateri ke komponen kereta. Sekiranya tidak ada kuasa ke motor penghidup atau sistem pencucuhan, anda akan tersekat. Salah satu tandanya adalah sekiranya lampu kereta anda menyala, yang bermaksud bateri anda elok, bermakna tiada masalah lain lah selain masalah ini.

Masalah ini perlu diserahkan kepada mekanik, namun ada terdapat cara untuk mencegah daripada masalah ini berlaku. Kerana suis pencucuhan terletak di belakang silinder kunci pencucuhan (tempat dimana anda memasukkan kunci kereta anda), mempunyai keychain yang agak berat mungkin boleh menjadi punca kepada masalah ini. Untuk mengelakkannya, kurangkan benda-benda berat pada keychain anda.

Bateri pada kunci FOB anda mungkin kehabisan

Sekiranya anda mempunyai sistem butang tekan untuk menghidupkan enjin kereta anda, dan sekiranya anda telah menekan butang tersebut dan enjin tidak dapat dihidupkan, kemungkinan kunci anda adalah puncanya. Butang itu mahukan isyarat dari fob kunci sebelum berfungsi, dan ianya tidak dapat berfungsi sekiranya bateri fob kunci anda telah kehabisan. Cuba ganti bateri fob anda. Walau bagaimanapun, sehingga kini banyak pengeluar kereta yang mempunyai kunci fizikal yang tersembunyi fob atau bentuk pengecaman tanpa bateri.

Starter rosak

Starter berfungsi untuk menghidupkan enjin kereta anda sejurus selepas anda memasukkan kunci atau menggunakan kunci fob. Sekiranya anda mendengar bunyi klik ketika cuba untuk menghidupkan kereta, mungkin itu adalah starter (walaupun pemula yang mati itu tidak selalunya mengeluarkan bunyi klik). Anda mungkin memerlukan bantuan mekanik untuk masalah ini.

Timing Belt anda perlu ditukar

Timing belt adalah jalur getah yang menggerakkan cam supaya seiringan dengan pergerakan crankshaft. Sekiranya ia gagal, enjin tidak akan berfungsi. Anda mungkin mendengar bunyi berdetak dari bawah hood kereta anda atau mendengar bunyi starter bergerak tetapi tidak berpusing.  Perkara ini agak jarang terjadi, kerana timing belt biasanya boleh terputus semasa enjin sedang berjalan.

Penapis minyak tersumbat

Penapis minyak membantu menyalurkan bahan bakar yang bersih dari tangki minyak ke injector bahan bakar. Sekiranya ia tersumbat, kereta tidak boleh dihidupkan. Penapis minyak yang kotor boleh menyebabkan bahan bakar yang diterima kereta anda berkualiti rendah.

Rotor distributor dan penutup rosak

Distributor berfungsi untuk menghantar aliran api pada setiap ruang pembakaran. Ia juga menghantar nyalaan api pada setiap spark plug, sebelum ianya dipercikkan pada ruang pembakaran. Sekiranya penutup tidak terpasang dengan ketat atau rotor tidak berfungsi, percikan api tidak boleh terhasil.

Roda stereng terkunci

Sekiranya stereng kereta anda tersangkut pada kedudukan terkunci, ianya mungkin menjadi punca kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jangan terlalu keras memutarnya semula. Sebaliknya, gunakan gerakan sisi ke sisi sambil kunci yang telah dimasukkan, atau gunakan kunci pendua jika anda boleh.

Kereta anda mungkin kehabisan minyak

Kadang kala, jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah itu adalah mudah. Jangan mengabaikan meter minyak anda sebelum anda memulakan perjalanan anda. Dan jangan biarkanpara minyak dalam tangki minyak anda berada dalam keadaan minima terlalu kerap.

Sumber: Mental Floss

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.