Segala yang berlaku dalam kehidupan ini sememangnya mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT termasuk apabila berkait dengan soal jodoh.
Yakinlah, cepat atau lambat, jika sudah tiba waktunya pasti akan menyatu juga.
Menerusi ciapan yang tular di Twitter, seorang wanita berkongsikan mengenai ‘perjalanan’ jodohnya yang menarik perhatian ramai.
Tidak pernah bersemuka sehingga hari pernikahan, Farhah Nabilah dan suaminya mengikat tali pertunangan selama lima tahun.
Seminggu lg nak nikah, ceq kena hantaq gambaq ic ceq utk urusan pendaftaran nikah kt dia. Mmg gmbq ic buquk gila2. Lps kwen, ceq smbg dgn dia pasai gmbq ic tu, ceq kata xtau nk hbq segan lagumana hntq gmbq buquk tu. Pahtu dia balas, mmg buquk, ada jgk terdetik dlm hati mcm xjd…
— محب الحكمة (@tolibul_ilm) February 16, 2021
Menurutnya, suaminya hanya mewakilkan ibu mertuanya untuk melihat wajahnya.
Sangat-sangat jaga ikhtilat
Farhah terharu dengan sifat suaminya yang menepati janji untuk bernikah dengannya walaupun mereka tidak pernah sekalipun berkomunikasi selama lima tahun pertunangan.
Dan salah satu yg ceq paling ceq respect kat dia ni jugak sbb jaga sgt sgt ikhtilat. Takpenah langsung nak sembang ka apa, tanya kabaq mmg lg dak la. Respect sgt sgt kt umi abah boleh besarkan anak2 depa jd baguih macam ni 💕💖. Terima kasih umi abah terima ceq jd menantu.
— محب الحكمة (@tolibul_ilm) February 16, 2021
Ditanya mengapa pertunangan berlanjutan sehingga lima tahun, Farhah berkata bahawa suaminya ingin fokus pada bidang pengajian yang diminati terlebih dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen kagum dengan kisah pasangan suami isteri itu dan mengucapkan tahniah kepada mereka.
Sumber: tolibul_ilm