Siakap Keli

Aktiviti Sosial Seperti Majlis Perkahwinan & Pertunangan Dibenarkan Di Negeri PKPB, Tetapi Perlu Ikut SOP- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa beberapa aktiviti sosial dibenarkan di negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, majlis perkahwinan, pertunangan, akad nikah, kenduri akikah, tahlil, doa selamat, majlis ulang tahun dan majlis sosial lain dibenarkan namun perlu  mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Walau bagaimanapun, saya akan mengumumkan lebih lanjut mengenai kebenaran aktiviti ini pada Khamis (18 Februari) nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, mesyuarat, bengkel dan seminar secara bersemuka juga dibenarkan.

Dine in atau makan di kedai juga dibenarkan mengikut keluasan meja dan asalkan ada penjarakan satu meter di antara satu sama lain,” katanya.

Orang ramai juga boleh melayari laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebenaran aktiviti sosial ini dan SOP yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri hari ini memaklumkan bahawa status PKP di negeri Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, Labuan dan Putrajaya akan bertukar kepada PKPB bermula 19 Februari sehinga 4 Mac ini.

Pengumuman berkenaan boleh dirujuk bermula minit 4:35.

Sumber: RTM

 

Sofea

There's always another side to every story