Siakap Keli

Perodua D55L Sudah Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM62K,Datang Dengan 3 Varian

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua D55L yang diperkatakan sejak tahun lalu, akhirnya sudah boleh ditempah dengan harga permulaan RM62 ribu sahaja.

Ramai yang pastinya tidak sabar menantikan SUV segmen B keluaran Perodua ini yang didakwa akan menggantikan SUV kecil Perodua iaitu Kembara dan Nautica.

Menerusi perkongsian oleh The Ajerul yang memaparkan info terkini mengenai kereta, Perodua D55L mempunyai tiga varian iaitu X, H dan AV dengan beberapa ciri menarik.

Perodua D55L dah boleh booking gaisss…

Harga bermula dari RM62k sahaja
3 varian : X, H dan AV

Ciri2 menarik :

ASA 3.0

Lane Departure Warning and Prevention

Lane Keep Control

Blind Spot Monitor

Rear Cross Traffic Alert

Adaptive Cruise Control

Enjin :

1.0L Turbo

CVT transmission

97hp @ 6000rpm

140Nm tork @ 2400rpm – 4000rpm

Rival (saingan) Proton X50?

Of coz tidak sebab suv ni sangat kecil dan kompak.. lebih kecil dari Haval H1, tapi lebih panjang dan tinggi dari Haval H1.

Sumber: The Ajerul

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.