Siakap Keli

(Video) Baru Umur 18 Tahun, Isteri Menangis Suami Hadiahkan Ford Mustang Pada Hari Perkahwinan

Banyak cara nak harga seseorang itu, terutamanya buat isteri tercinta kerana mereka telah banyak berkorban untuk suami. Ada suami yang menghadiahkan sang isteri dengan sejambak bunga dan pelbagai lagi.

Bagi yang kemampuan, mereka pastinya memberikan hadiah yang lebih ‘besar’. Waalupun semua hadiah ini tidak diminta tetapi pemberian ini akan membuatkan si isteri tersenyum lebar.

Satu video tular apabila pengantin baru dihadiahkan sebuah kereta oleh suaminya. Ayunie yang berusia 18 tahun, baru mendirikan rumahtangga pada hari tersebut terkejut dan terharu pabila suaminya menghadiahkan sebuah kereta jenama Ford Mustang pada hari istimewa mereka.

Tq suami, suprise kan MUSTANG pada hari perkahwinan kita hari ni, walaupon usia kita baru 18 tahun! Nanti Yuni akan cerita macam mana kami capai tahap ni.

Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok Ayunie dirakam sempena hari pernikahannya.

@ayunieso24

Tq suami , supprise kan MUSTANG pd hari perkahwinan kita hari ni , walaupon usia kita baru 18 tahun! Nt yuni akn cerita mcm mana kami capai tahap ni

♬ original sound – ayunieso

Malah, warganet turut rasa gembira dan bangga di mana mereka yang berusia 18 tahun ini mampu membeli hadiah sehebat itu untuk isterinya.

 

Sumber: Ayunieso24

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang