Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Mungkin Ramai Tak Tahu, Enam Makanan Sihat Ini Mungkin Boleh Bantu Cegah Serangan Gout

Bagi yang menghidap penyakit gout, anda pasti tahu ‘sengsara’ yang dirasai sehingga menyebabkan aktiviti seharian terganggu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) penyakit gout berpunca daripada asid urik berlebihan di dalam tubuh yang menyebabkan keradangan atau sakit pada sendi terutamanya ibu jari kaki.

Selain dri ubat-ubatan, anda sebenarnya juga boleh mencegah penyakit itu secara semula jadi melalui pemakanan sihat dan seimbang.

Jom tengok makanan sihat yang boleh anda amalkan selalu untuk mencegah serangan gout.

1. Nenas

Buah nenas tinggi dengan ‘Bromelain’ dan vitamu C, ia dapat mengurangkan keradangan di sendi-sendi.

2. Kunyit

Curcumin yang terdapat di dalam kunyit juga boleh membantu mengurangkan keradangan sendi.

3. Pegaga

Tinggi dengan pyhtochemical, pegaga boleh membantu proses menyahtoksik.

4. Cili

Kandungan vitamin A dan C yang terkandung dalam cili dapat membantu mengurangkan keradangan sendi.

5. Lemon

Buah lemon juga tinggi dengan kandungan vitamin C yang dapat membantu proses menyahtoksik pesakit gout.

6. Halia

Halia mempunyai komponen gingerol dan zingiberene yang dapat mengurangkan keradangan sendi.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.