Siakap Keli

(Video) Hanya Mampu Pasrah, Suami Terpaksa Relakan Isteri Hamil Mengidam Nak Cukur Jambang

Kehamilan menjadi proses yang sangat bermakna bukan sahaja untuk isteri malahan suami juga.

Ia juga ‘mencabar’ bagi suami apabila perlu menghadapi saat-saat isteri mengidam.

Seperti yang diketahui, wanita hamil kebiasaannya mengidam makanan tertentu yang mungkin terkadang sukar untuk dicari.

Pun begitu, berbeza pula dengan wanita ini yang mengidam sesuatu yang pelik.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Rizaldy Febriyansyah di TikTok, isterinya mengidam untuk mencukur jambang dan misainya.

@rizaldeh

Kenapa sih ngidamnya 🙁 #MulaiDari100 #fyp #foryourpage #jarofheartschallenge #RoboguruGratis #nangisdipojokan #kreasimie

♬ comethru – Jeremy Zucker

Tidak mahu mengecewakan isterinya, Rizaldy dengan pasrah merelakan jambang dan misainya dicukur oleh isterinya.

“Ternyata makin besar perut, makin pelik mengidamnya,” kata Rizaldy.

Telatah pasangan dari Indonesia itu menarik perhatian netizen dan ada yang terhibur melihat video itu.

Sumber: Rizaldy Febriyansyah

Sofea

There's always another side to every story