Siakap Keli
tips bau najis kucing
Gambar: Lembayung Cahya Rabbani

Kos Sekitar RM4-RM6, Individu Ini Kongsi Tips Kurangkan Bau Najis Kucing Dalam Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah satu cabaran apabila memelihara kucing di dalam rumah adalah bau najisnya yang kuat. Jika tidak kena cara pengurusannya, boleh semerbak satu rumah. Maka disebabkan itulah, ada antara pencinta kucing yang memilih untuk memelihara haiwan tersebut di luar kediaman mereka. Pun begitu, berbeza ceritanya jika anda tinggal di kediaman bertingkat atau tiada halaman seperti apartment ataupun flat.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi tips untuk mengatasi masalah bau najis kucing di dalam rumah. Kongsi individu dengan nama pengguna Lembayung Cahya Rabbani, dia berjaya mengurangkan pencemaran udara tersebut dengan hanya menggunakan arang yang dibeli di kedai barangan hardware sahaja.

Dengan kos sekitar RM4 hingga RM6 sahaja, anda sudah boleh mencipta penyerap bau sendiri untuk menghapuskan ‘aroma’ najis kucing peliharaan anda. Mari baca perkongsiannya di bawah.

Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.

Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau memang dah kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir takdak langsung.

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).

Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

BACA: Buat Beberapa Kerja Sejak 13 tahun, Gadis 19 Tahun Berjaya Hantar Ibu Ayah Ke Mekah & Miliki Syarikat Sdn Bhd Sendiri

Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.

Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit-sikit bau daripada litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat-sangat.

Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba.

Kucing saya ni dalam proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dalam sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung untuk makan minum dan guna litterbox.

Kredit: Lembayung Cahya Rabbani
Kredit: Lembayung Cahya Rabbani

Sumber: Lembayung Cahya Rabbani

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.