Siakap Keli
Gambar: Harga Rapat

“Penat Takpe, Janji Anak Bini…”, Terharu, Abang Food Panda Borong Sakan Mainan, Hadiahkan Untuk Anak-anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan dengan kejatuhan ekonomi sehingga ada yang terpaksa buat dua tiga kerja.

Antara yang paling menjadi tumpuan ketika ini adalah golongan penghantar makanan dan peniaga jalanan.

Baru-baru ini, plaman Facebooj peniaga barangan permainan Harga Rapat berkongsi kisah ramai ‘abang-abang’ Foodpanda tampil membeli permainan daripada mereka.

Difahamkan, mereka membelinya adalah untuk diberikan kepada anak-anak. Mari ikuti kisah ini.

Gambar: Harga Rapat

Sebak! Mengalir air mata. Terharu tengok abang-abang Foodpanda datang beli mainan untuk anak.

Kami tanya berapa trip dapat. Diorang cakap time PKP ni bolehlah dapat 20-30 trip sehari. Kerja 9 pagi sampai 10 malam.

Time tengah pilih barang untuk anak, masuk order makanan. Tinggal jap. Hantar makan dulu pastu datang balik.

Bila tanya beli untuk siapa. Ada yang beli untuk birthday anak minggu ni. Ada yang nak reward diri main dron sekali sekala.

Ada yang beli untuk anak sedara. Ada yang cakap dah lama tak beli mainan untuk anak sebab sibuk kerja.

Gambar: Harga Rapat

Tak banyak kami boleh tolong, tapi kita bagi diskaun kaw-kaw supaya diorang happy. Bila tanya penat tak?

Diorang cakap penat takpe janji anak bini di rumah ada makan. Allahu.

Semoga semua abang-abang Foodpanda diberikan keselamatan di jalan raya. Dimurahkan rezeki.

Terima kasih support team HARGA RAPAT like follow dan share. (nanti kami ke tempat anda)

Gambar: Harga Rapat
Gambar: Harga Rapat

Sumber: Harga Rapat

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.