Siakap Keli
Gambar Via Anuradha Jegathesan

“Semua Nak Sama Macam Ayah,” Gelagat Anak Lukis Sendiri Misai Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perlu diakui bahawa golongan bapa sememangnya sangat tegas dengan anak-anak tetapi rasa sayang masih lagi melebihi ketegasan itu, cuma mungkin tidak ditunjukkan.

Pun begitu, terkadang situasi mungkin akan berbeza apabila mereka memiliki anak perempuan.

Manakan tidak, bapa menjadi hero dan teladan terbaik  yang hadir dalam hidup anak perempuan.

Sehinggakan mereka terkadang tidak boleh berenggang dan membuatkan ibu ‘cemburu’.

Sama seperti perkongsian Anuradha Jegathesan di Faceboook ini yang memaparkan keletah anak perempuannya.

Menerusi perkongsiannya di group Anak Sepahkan Apa Hari Ini, anaknya yang bernama Anjanaa bagaikan tidak boleh berpisah dengan bapanya sehingga menggayakan misai sama seperti bapanya.

Memang #daddysgirl. Semua nak sama macam ayah. Kesian mummy  #teamdaddy #babyanjanaa

Menurut Anuradha, anaknya yang berusia 4 tahun itu melukis sendiri misai tersebut menggunakan eye liner dan selepas itu dikemaskan oleh bapanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah dua beranak itu.

Sumber: Anuradha Jegathesan

Sofea

There's always another side to every story