Siakap Keli
kes baru covid-19
Gambar: Bernama

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 2,468, Kes Sembuh 4,055 Dan 14 Lagi Kes Kematian

Putrajaya, 23 – Sebanyak 2,468 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 288,229 kes sehingga hari ini, lapor KKM.

Sementara itu, seramai 4,055 pesakit diisytiharkan pulih dengan keseluruhan kes sembuh mencapai 256,678 kes.

Sebanyak 196 kes sedang dirawat di ICU di mana 92 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, kes kematian hari ini meningkat berbanding jumlah semalam dengan 14 kematian.

Takziah diucapkan buat keluarga pesakit.

Sumber: KKM