Bahtera rumah tangga yang dibina bertahun-tahun pastinya menjadi kenangan paling indah buat mana-mana pasangan suami isteri.
Segalanya dibina dengan rasa cinta, kasih sayang, keikhlasan dan kepercayaan daripada hati sanubari masing-masing.
Tidak mustahil, jika bahagia jalan yang dilalui oleh pasangan itu, maka akan bahagia jugalah kehidupan yang turut dirasai oleh anak-anaknya nanti.
Baru-baru ini, seorang warga Twitter, Elia berkongsi perbualan romantis ibu dan ayahnya dalam aplikasi WhatsApp setiap hari.
love language 🤍 pic.twitter.com/AWM0vBJXMu
— elia (@nerfsaw) February 23, 2021
Walaupun ringkas, tapi ‘bahasa’ yang digunakan ibu dan ayahnya betul-betul membuatkan sesiapa yang membacanya menjadi ‘cair’.
Difahamkan, ibunya pasti akan membekalkan bekalan makanan buat ayahnya setiap pagi untuk ke tempat kerja.
Menariknya, setiap kali sebelum makan, ayahnya mesti akan menghantar gambar dan mengucapkan terima kasih.


Tidak kurang juga, ibunya pun tidak lupa tentang salah satu makanan penting dalam juadah iaitu kicap Jalen.
Jika lihat gambar di bawah, walaupun sekadar kicap tapi ianya diletakkan dalam bekas kecil bertutup. Bukan main cermat lagi penyediannya.

Namun pada satu hari, sebekas kecil kicap Jalen tidak disertakan sekali.
Ayahnya seperti biasa masih mengucapkan terima kasih, kemudian disusuli dengan ayat seakan bernada merajuk, “Takde kicap Jalen..” beserta ’emoji’ sedih.

Lantaran tiada kicap Jalen, ramai warganet berasa terhibur dengan sikap ‘merajuk’ si ayah.
Situasi tiada kicap Jalen ini mengingatkan mereka dengan iklan kicap tersebut yang cukup terkenal dihebahkan di corong radio selama ini.
Takda kicap jalen saya pun tak lalu makan
— 🔗 (@nblhkmal_) February 23, 2021
kalau takde kicap Jalen kita terpaksa batalkan ekspedisi kita ini.
— ath (@wantenwantenwan) February 23, 2021
Comel pulak bila sedih takde kicap jalen. 😂 Nanti letak satu botol kecik kat office senang sikit hehe.
— Rara Oh Rara (@Aairanissa) February 23, 2021
29 tahun menyulam cinta
Jelas Elia, perbualan romantis ayah dan ibunya ini adalah rutin seharian yang normal mereka lakukan setiap hari.
Alhamdulillah, perasaan kasih yang masih utuh dibina ini kekal berpanjangan sejak 29 tahun dahulu lagi.
gaaaaahhh thank you everyone for the love <3 it really has been 29years (can u blieve that?!) of giving n receiving love between them and the phrase “tq u ma tq u Allah” never gets old 🤣
lastly just wanna say…… never forget THE kicap jalen (cap orange if youre cultured)
— elia (@nerfsaw) February 23, 2021
Mama & papa bahagia, warganet pun gembira sama
Mengakui hati tersentuh melihat perbualan mesra ibu dan ayahnya, ramai warganet turut menzahirkan rasa bahagia mereka masing-masing.
Malah ada yang berpesan, rasa kasih seperti ini tidak perlu tunggu ketika sudah berkahwin kerana ia boleh sahaja disemai semasa bujang lagi.
Ucap terima kasih Allah, dan terima kasih kt org yg masak untuk kita. Tak kesah la 4 kali sehari ulang. Let’s normalise this 😍. Jom buat ni kt mak, adik beradik, kwn kita. Takyah tunggu kawin pun klau nk buat ni. Heheh
— Nyaman Skali~❄ (@meowning7) February 23, 2021
Ada juga yang sudah memasang angan-angan untuk mempunyai pasangan hidup romantis seperti ibu dan ayah Elia ini.
Awhh this is so cute. I hope me and my future partner will be like this even though I don’t know how to cook lol
— cho ⚡︎ (@anisnxbila) February 23, 2021
“Orang tua punya hubungan lagi romantik….”
Sometimes orang tua punya relationship lagi romantic dari orang muda bercinta 😂 level appreciation dia A
— CikPuanMuda (@_nnarda) February 23, 2021
Semoga mama dan papa Elia kekal bahagia bercinta hingga ke akhir usia dan kembali bersama ketika di syurga nanti. Ameen.
Sumber: Twitter Elia