Dalam keadaan yang sukar pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Manakan tidak, ada yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan termasuk melakukan pelbagai bisnes.
Sama seperti pemuda ini yang gigih mencari rezeki dengan menjual ketupat palas dan rendang ayam.
Menerusi perkongsian C0lll_iqbal di Twitter, dia menjual makanan itu di sekitar Rawang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Hon la kuat mana pun aku tak marah hahahahha
Menariknya, orang ramai yang ingin membeli makanan itu boleh membunyikan hon kenderaan masing-masing jika terserempak dengannya.
Menurut Iqbal, dia baru sahaja mula berniaga ketupat dan rendang itu selama dua minggu.
Kegigihannya itu memperlihatkan semangatnya untuk mencari rezeki yang halal dan tidak malu untuk mendapatkan pelanggan.
Mungkin kerana sukar untuk didapati pada ketika ini, ramai netizen yang terliur melihat ketupat palas tersebut.
Sumber: colll_iqbal