Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

(Video) TERKINI: Program Vaksinasi COVID-19 Negara Bermula

PUTRAJAYA, 24 Feb — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, program imunisasi terbesar dalam sejarah negara bermula secara rasmi petang ini bagi membendung penularan pandemik itu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu di Malaysia di bawah program berkenaan di Pejabat Kesihatan Presint 11, di sini, kira-kira 3 petang.

Fasa pertama ini akan berlangsung hingga April depan menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut; fasa kedua bermula dari April hingga Ogos, melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi selain orang kurang upaya, manakala fasa ketiga dijadual dari Mei hingga Februari 2022 untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas.

Berikut adalah perkembangan terkini program berkenaan :

2 petang: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tiba di Pejabat Kesihatan Putrajaya, dan dijangka terima suntikan vaksin COVID-19.

1.10 tengah hari: Petugas Kementerian Kesihatan tiba di Pejabat Kesihatan Putrajaya membawa vaksin Pfizer-BioNTech untuk memulakan fasa pertama program vaksinasi kebangsaan.

1.05 tengah hari: Kenderaan membawa vaksin COVID-19 tiba di Pejabat Kesihatan Putrajaya di Presint 11 untuk program vaksinasi.

12.55 tengah hari: Pengamal media mula berkumpul di Pejabat Kesihatan Putrajaya untuk membuat liputan majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'