Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

Penumpang Dari Rumah Berbeza Pun Boleh Menaiki Kenderaan Sama – Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa duduk di rumah berbeza untuk menaiki kenderaan yang sama adalah dibenarkan.

Menurutnya, menaiki kenderaan namun tidak tinggal dalam rumah yang sama adalah dibenarkan asalkan mengikut kapasiti tempat duduk sesuatu kenderaan.

“Bila kita umumkan di kawasan PKP, ada dua, daripada satu rumah untuk keluar. Itu mula-mula dulu. Dua orang satu rumah.

“Apabila saya umumkan kali kedua iaitu di kawasan PKPB dan PKPP, kereta berdasarkan kapasiti tempat duduk.

“Selepas itu saya umumkan di kawasan PKP juga dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk. Dan tidak pernah disebutkan, saya percaya waktu itu yang menyatakan bahawa hanya dari rumah yang sama.

“Jadi bermakna kalau tidak ada disebut tentang daripada rumah yang sama bermakna tidak timbul isu dari segi kena dari alamat yang sama,”

Iaitu bebas untuk penumpangnya bebas daripada rumah berbeza pun boleh asalkan ianya mengikut kapasiti tempat duduk..”

Kita membenarkan daripada rumah berbeza pun boleh, bukan rumah yang sama,” ujarnya

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right