Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 5 Sen, Diesel Kekal

Putrajaya, 26 Feb – Kementerian Kewangan sebentar tadi memaklumkan harga runcit terbaru bagi minyak RON95, RON97 dan diesel di Malaysia bermula 27 Februari sehingga 3 Mac ini.

Menurut kenyataan itu, harga runcit bagi RON95 dan RON97 dilaporkan naik sebanyak 5 sen kepada RM2.05 dan RM2.35 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Sumber: Kementerian Kewangan