Siakap Keli
Gambar: The Sun U.S

(Video) Seram, Rakaman Budak Didakwa ‘Ditarik’ Ke Bawah Katil Sambil Memanggil Ibunya Seperti Sedang Takut

Satu video TikTok yang memaparkan detik-detik seorang kanak-kanak didakwa ditarik di bawah katilnya telah menjadi tular di media sosial.

Bapanya, telah berkongsikan klip video yang dirakam dari bilik tidur anaknya itu pada Isnin.

Pada tepat waktu 11:37 malam, kanak-kanak itu difahamkan terjaga, berjalan-jalan dan merangkak ke bawah katilnya.

Kanak-kanak itu secara tiba-tiba kelihatan takut, mula menangis dan menjerit “mummy” sebanyak beberapa kali.

Bapanya yang memuat naik video tersebut di TikTok menyertakan sekali keterangan: “Anak perempuan saya telah ditarik di bawah katil … isteri saya ingat dia cuma merangkak ke bawah katil itu namun jelas dia telah ditarik oleh sesuatu !!”

Video tersebut lantas menjadi tular. Dalam sehari sahaja, perkongsiannya di TikTok itu telah ditonton sekitar 8 juta kali, menurut The Daily Mirror.

Pada selasa malam, video tersebut telah mendapat likes lebih dari 900,000 dan lebih dari 33,000 komen yang ditinggalkan warganet.

@joshdean0222

#fyp#paranormal#needanswers#wtf

♬ original sound – Josh Dean

Sumber: The Sun U.S

Aqmal Ezany

I write what is right