Siakap Keli
Kredit: Google

“Biar Mereka Terdidik Dengan Rasa Malu…”, Wanita Saran Mak Ayah Didiklah Anak Mandi Pakai Kain Basahan Dari Kecil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kanak-kanak biasanya akan mandi secara tidak berpakaian, mungkin sudah terbiasa diamalkan sejak usia bayi lagi.

Namun buat ibu bapa, tahukah anda bahawa mereka sepatutnya perlu dididik untuk mandi secara bertutup seperti memakai kain basahan?

Baru-baru ini, penulis yang kerap menulis tentang kesedaran ilmu seksualiti kanak-kanak, Wan Nur Syakira berkongsi kenapa kanak-kanak perlu dididik untuk tidak bertelanjang ketika mandi.

Malah beliau turut mendedahkan risiko bahaya menanti jika anak-anak ini dibiarkan mandi bersama walaupun berbeza jantina. Mari ikuti perkongsian ini.

 

 

 

Apa yang mak ayah kena buat?

 

 

Selain perlu dididik untuk mula mendirikan solat, kanak-kanak berusia tujuh tahun juga sudah boleh diajar untuk berdikari mandi sendiri.

 

Pusat taska juga dinasihatkan harus memandang serius akan isu mandi bercampur jantina ini.

 

Jika anda mahu mendalami lagi ilmu-ilmu kesedaran tentang seksualiti kanak-kanak, bolehlah ikuti Puan Wan Nur Syakira melalui pautan di bawah ini.

 

Soal jawab bersama warganet

Sehubungan itu, ramai warganet mengajukan beberapa soalan serta berkongsi pengalaman sendiri tentang situasi yang dialami mereka.

Mak ayah sudah mengajarnya tentang aurat sejak kecil lagi.

Jangan terkejut, ada juga pusat jagaan kanak-kanak didakwa mengamalkan konsep mandi bersama walau berbeza jantina.

Kata warganet ini, bahaya sebenarnya jika mandi bertelanjang, didakwa ada ‘benda lain’ yang dipercayai memerhati.

Kalau perasan, sesetengah golongan nenek-nenek begini mereka masih lagi mengamalkan cara orang dulu-dulu mandi, iaitu lengkap berkain batik atau bahasa mudahnya, berkemban.

Terima kasih Puan Wan Nur Syakira atas kesedaran awam ini.

Sumber: Twitter @wannursyakira2

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.