Siakap Keli
Gambar Via CNN

“Tidak Boleh Menulis,” Amitabh Bachchan Dedah Alami Masalah Kesihatan, Jalani Pembedahan

Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, menerusi entri blog terbarunya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya dan dia memaklumkan bahawa telah menjalani pembedahan, lapor NDTV.

Pun begitu, dia tidak mendedahkan apakah masalah kesihatan yang dihadapi olehnya.

“Masalah kesihatan.. pembedahan..tidak boleh menulis,” katanya dalam entri blog itu.

Pendedahannya itu telah membuatkan para peminatnya di media sosial risau dan mereka berharap agar pelakon berusia 78 tahun itu segera sembuh.

Pelakon itu dilaporkan sibuk dengan penggambaran projeknya yang akan datang, ‘Mayday’, yang turut dibintangi oleh Ajay Devgan dan Rakul Preet Singh.

Amitabh kali terakhir dilihat dalam drama komedi, Shoojit Sircar, Gulabo Sitabo bersama Ayushmann Khurrana yang ditayangkan di Amazon Prime Video pada Jun tahun lalu, lapor Indian Express.

Dia dan tiga ahli keluarganya yang lain juga iaitu Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai dan cucu perempuannya dilaporkan telah dijangkiti COVID-19 pada Julai tahun lalu.

Sumber: NDTV

Sofea

There's always another side to every story