Siakap Keli
Gambar: FB M Riduan

“Alhamdulillah..,” Lelaki Ini Beli Proton X50 Hanya Dengan Harga RM1

Tuah ternyata menyebelahi seorang lelaki apabila berjaya ‘membeli’ model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Proton, X50 dengan harga RM1 menerusi Jualan Hebat 11.11 di platform e-dagang, Shopee.

Menerusi perkongsian oleh M Riduan di Group Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM), dia bersyukur telah terpilih sebagai ‘pembeli’ bertuah pada November tahun lalu sebelum berjaya menebusnya pada Sabtu lepas (27 Februari).

Pihak Shopee pada asalnya dikatakan ingin memberikan kenderaan tersebut dengan warna oren atau jingga tetapi menukar kepada warna merah berikutan proses menunggu yang akan mengambil masa lebih lama.

”Alhamdulillah dengan hasil pembelian dengan hanya Rm 1, akhirnya kereta ini jadi milik saya, pertandingan dri pihak “shopee”, #shopeeoneornot, tarikh menang hadiah tahun lepas bulan 11/2020, hari ini baru dapat tuntut, mungkin ada kekangan dari pihak proton productions.

”Asalnya pihak Shopee nak berikan warna orange, tapi disebabkan jika warna orange diambil, proses penuntutan akan lagi lama, jadinya pihak Shopee ambil mana yang tersedia, merah juga menyala,” katanya.

Gambar: FB M Riduan
Gambar: FB M Riduan

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah dsn menyifatkan’ tuan badan’ sebagai seorang sangat bertuah.

Tidak kurang juga yang terkejut dengan pembelian tersebut kerana menyangka bahawa Proton X50 dengan harga RM1 yang dijual di Shopee adalah sekadar ‘scam’ atau ‘gurauan’ semata-mata.

Aku ingat pertandingan tu ‘tipu-tipu’ sekali betul

Bertuahnya, satu dalam sejuta

 

Berkat berkorban menjaga ibu sakit..

Sumber: Facebook M Riduan via Proton X50 Community Malaysia (PX50CM)

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.