Siakap Keli
Gambar: Tribunnews

Unik, Kembar Nikahi Pasangan Kembar Lain Pada Hari Sama, Pernah Tersilap Panggil Nama Kekasih

Jodoh adalah rahsia tuhan. Di Cimanggung, Kabupaten Sumedang, sepasang kembar telah bertemu jodoh dengan pasangan kembar yang lain dan menjalani pernikahan secara bersama.

Menurut Detik News, pernikahan yang berlangsung pada 27 Februari lalu itu melibatkan pasangan kembar, Ellwanda Julianop Hidayat yang menikahi Rani Nurhaeni serta adik mereka masing-masing, Ellwindi Junianfi Hidayat dan Rina Nurhayati.

Tambah portal itu, mereka sememangnya telah merancang untuk menikah pada hari yang sama selain atas permintaan keluarga.

“Keluarga juga suruh (nikah) sama-sama. Ya, memang dari awal sudah niat nak menikah sama-sama sahaja,” kata Ellwindi.

“Orang selalu kata, macam mana kembar boleh nikah dengan kembar juga,” ujarnya, menjelaskan perkara itu dianggap unik oleh penduduk kampung kerana ia merupakan kejadian pertama di kampungnya.

Biarpun hanya dihadiri keluarga terdekat, majlis pernikahan kedua-dua pasangan itu dikatakan berjalan dengan lancar.

“Gembira sangat sebab boleh sama-sama nikah kembar saya dengan kembar juga,” tambahnya.

Gambar: Detik News

Menurut Tribunnews pula, salah seorang pemuda tersebut pernah tersalah memanggil kekasihnya ketika sebelum kahwin. Apa tidaknya, kedua-dua kembar tersebut sering dikelirukan dengan nama yang salah ketika mereka bercinta.

“Ketika bercinta, kadang-kadang saya memanggil namanya, saya memanggil Rani, yang melihat Rini,” kata Ellwindi.

Sumber: Detik News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.