Siakap Keli
Foto: Nami Island

Foto-Foto Nami Island ‘Dihujani’ Salji Buat Netizen ‘Geram’ Nak Melancong Ke Korea Selatan

Kalau sebut nama Pulau Nami, pasti ada sesetengah orang yang rindu dengan suasana tempat ini yang nyaman kan? Ye lah, sejak wabak virus ni mengemparkan dunia, seluruh dunia tutup sempadan kan.

Jadi, untuk hilangkan rasa kerinduan korang, SK nak kongsi beberapa foto Pulau ‘Winter Sonata’ yang sangat popular di kalangan pelancong asing .

Seperti yang dijangkakan pada ramalan kaji cuaca hari ini, salji turun di Chuncheon, Gangwon-do. Nami Island nampak putih saja hari ni.

Kemungkinan ini akan menjadi salji terakhir sebelum masuk musim bunga yang kunjung tiba.

Pulau ini terletak di timur dari bandar Seoul dan boleh akses dengan menaiki kereta api dan bas.

Jadi, lepas lihat foto-foto ini sedikit sebanyak hilanglah rasa kerinduan untuk menjejak kaki ke negara Korea.

 

Sumber: Nami island via Halal travel friend

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang