Siakap Keli

Seat Jauh Sangat Dengan Bakul, Ayah DIY Buat Tempat Duduk Anak Naik Motor Guna Kayu Terpakai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi ayah-ayah yang selalu membawa anak kecil menaiki motosikal bersama, pasti si anak itu akan duduk di bahagian depan kan?

Punggungnya duduk di penghujung depan tempat duduk, manakala kedua-dua kakinya pula ‘bertapak’ di dalam bakul motosikal.

Mungkin nampak macam ‘ok’, tapi rasanya ia kurang selesa sebab jarak yang jauh daripada tempat punggung ke bakul motosikal boleh menyebabkan kaki kanak-kanak itu lenguh.

Jadi hari ini, seorang warganet, Syafiq Mansor berkongsi cara membuat tempat duduk ‘DIY’ di atas motosikalnnya sendiri untuk kegunaan anaknya. Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar: Syafiq Mansor

Disebabkan seat jauh sangat dengan bakul menyebabkan anak tak dapat duduk elok-elok masa tengah bawa motor, jadi hari ini kita tukang tempat duduk ‘portable’ untuk letak dekat bakul motor.

Selit je dekat besi bakul tu, taknak pakai boleh cabut simpan. Mudah nak bawa anak balik naik motor lepas ni. Guna kayu lebihan-lebihan je ni. Alat pun tradisional je semua. Apa komen tukang-tukang sekalian?

Senang je buat

Difahamkan, bahan-bahan yang digunakan serba ringkas sahaja iaitu ‘playwood’ dan kayu-kayu terpakai sahaja.

Malah tiada sebarang kos yang dikeluarkan, kecuali sejumlah kecil skru yang berharga beberapa ringgit sahaja.

Tempoh untuk disiapkan pula hanyalah mengambil masa kira-kira selama satu jam.

Prosesnya bermula dengan mengukur jarak dari bakul ke tempat duduk motosikal, kemudian barulah diikuit kerja-kerja pemotongan kayu untuk tempat duduk tersebut.

Sebagai langkah keselamatan, Syafiq turut memasang dua lagi kayu di bahagian bawahnya untuk disendalkan di dalam bakul motosikal, supaya ianya tidak bergerak-gerak dan selamat untuk diduduki dalam keadaan pegun.

Gambar: Syafiq Mansor

Sumber: Syafiq Mansor melalui Tukang Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'