Siakap Keli

Emas 24 Karat, 22 Karat? Ini Maksud ‘Karat’ Pada Emas Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau korang peminat emas, pasti korang tahu maksud dan makna karat. Ya, ia agak mengelirukan jika kita lihat pelbagai emas berada di tempat pameran di kedai.

Tidak dinafikan, kaum hawa semestinya sudah ‘pakar’ tentang bab emas berbanding golongan suami. Tetapi ada satu perkara yng korang kurang pasti tentang perbezaan jenis karat emas yang dijual di pasaran.

Bagi mengelak daripada keliru, jom kita ‘layan’ video Tiktok daripada Azman Bilaji yang menerangkan tentang jenis-jenis emas antara emas 24k, 22k dan 18k.

Untuk pengetahuan korang semua, emas 24k dikenali sebagai emas 999, emas 22k dikenali sebagai 916 manakala 18k adalah emas 750. K di sini bukanlah bermaksud ribu, tetapi ia membawa maksud karat. Karat bermaksud ukuran jumlah emas berbanding bahan lain.

Menerusi penerangan di dalam video ini, emas asli bersifat lembut dan jika digigit ia akan menampakkan gigi kita. Untuk dijadikan emas karat, ia dicampur dengan benda asing.

“Jadi, lagi tinggi karatnya, lagi tinggilah kandungan emasnya”

@azmanbilaji

Apa itu Karat? #belajarditiktok #kongsiilmu #ilmuemas #emasguru #tiktokguru #fyp #tiktokmalaysia #laburemas #simpanemas #emas #MoneyMoneyHome

♬ Terpesona (feat. Bulan) – Gustixa

 

Sumber: Azman Bilaji

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang